Thursday, March 21, 2013

Suatu waktu dulu


 Haii... lame dah tak tayang muka..
Kenal sape kite?
Diakal2 dek tuan kite ni.. kite ni jantan!
Sabau je la.. :(

 Comel lak kite mase kecik2 dulu, kan?
*prasan*

C Chantek ni keje asik ler meleserrrrrrr kat kite ni..
Naik fed-up kengkadang tu..
Usha kite konon.. bukan lawo pong!

Friday, February 1, 2013

Outing..

Siang2 hari pon dihangkutnye saya gi jenjalan.
Punya la sayangnya tuan katsaya.
*tangan kat dada*


Saya terpaksa tido.
Sakit mata saya panas2 ni..huh!





C.H.A.N.T.E.K




Haiiiiiiii.... Chantek in da house....
Saya di selamatkan oleh tuan saya 4 bulan yang lepas..:)
Saya dijual sebenarnya di kedai haiwan. Ya. Dijual.
Hanya saya sekor2nya kucing disitu dikelilingi anjing yang makkk aihhhhh besor kemain.
Lepas saya buat muka sedih kat tuan saya ni, dia terus datang kat saya.
Belai2 saya. Pastu dia terus tanya kat  tuan kedai adakah saya untuk dijual.
Terharunya saya dia terus beli saya.
Saya dengar dia bagitau tuan lelaki saya yang dia kesian tengok muka saya. 
Memang, saya trauma giler kat kedai tu dengan salakan anjing2 berbulu lebat.
Mujur dia keluarkan saya dari situ.
Mekasih Tuan. i lap u. #eh!


Tengok hidung saya ni!
Sebenarnya saya sendri yang buat. Sebab layan adik2 kat rumah, diorang pon ganas2 macam saya.
Tapi saya ok. Tak nangis pon.
Sepanjang bulan ni, saya la kuncing jemputan .. hihihii..
Gementar lak rasanya..


Wednesday, January 30, 2013

Tuan saya nangis

Tuan.., Nak tisu?
Sedih sangat nampaknye tu, sampai meleleh2 hingus tengok cite hindustan tu..

Monday, January 28, 2013

Mari kenal2 kita..

 Sebagai assistant Abang Kawasan ( Sopi-Man ), kite la selalunye masuk lokap.
Abang Kawasan pandai kaver line. Buat muka toya, muka tak bersalah, lepaslah dengan tuan kite.
Tapi disebabkan ganjaran lepas masuk lokap ni agak mewah, kite redho je la.
Tuan kite tu muka je mafia, tapi ati lembik mcm pisang kene lenyek.
Bila keluar lokap, wet food sebagai pujuk2 dia bagi kat kite.
heheheee...

 Kite sebenarnye dapat layanan VVIP.
Selalunya, kite lepak atas katil.
Well......bapak kite dulu memang kesayangan tuan kite ni.
Sebagai pewaris takhta, kite memang selalu dapat layanan cenggini.
Woii bang kawasan!! Ko ado? 
hahahhahohohohooo...

 Posing ala2 model ni, biase la buat kite..
Kucing ensem kannnnn...

Tuan kite kata, buat muka camni, muka takleh blah..
Amende tu?
Kite rase, ni da abes manja dah ni..
Layan jiwa tengok adik2 ranapkan kertas kerja tuan kite.. hahahahaaa..
Tak dapek nak nolong..makin jahnam jadinye nanti..

Saya Boboy

Ehemmm...ehemmm....
Kite kucing terbaru untuk bulan Januari..
Bukan baru adopt tapi baru untuk uolz usha2 kat sini..
geram ke tengok kite?
kita tido dulu..
Esok kita posing2 yer..
zzzzzzzzzzzz...

Saturday, January 26, 2013

Kaki perisa stoberi






 Memula kita jilat kaki yang terpijak jem stoberi yang kita tumpahkan tadi..




Pastu kita tido.. Pasti tuan kita tak marah dah tengok kita yang cute bila tido ni.. :)
Abes crita.
Heibat kan kuasa sayang kucing ni?


Thursday, January 24, 2013

Salah sasaran



Oittttttt..!!!!
Kite kate korek lobang idong la! bukan bijik mata!!

Sopi-Man






Sudah-sudah la tu.. kecik ati adik-adik yang lain.. Ambik la gambor diorang plak..

Paparazi



hai.. haii...



Sudah arrr... asik gambor kite jerrr... sakit tau mata dengan flash. macam paparazi jerk.. puihh..!


















Kembangkan bulu i... ngeee...


Alaaa.. tuan kite ni leceh la.. soh blow jambul, dia blow kite nyer bulu punggung lak.. mencik taww...!

Mantra apungan dari adik


Adik berjaya mengapungkan kakak..

*jangan tinggi sangat. Akak gayat ni dik..*

Wednesday, January 23, 2013

Hidung berkarat!


Tolong korek hidung saya, boley?
agak susah saya nak korek, asyik luka je kalau tersalah sasaran.. :D

Bee Jay



Nama  :  Bee Jay 
Jantina :  Betina
Umur   :  1 tahun
Status  :  Dara.. hihihii.. tarak tipuu punyaa..

Tuesday, January 22, 2013





Abang kawasan sedang memerhati anak-anak buah mengerjakan kawasan.. Kasi sepahhh..!!!

 meoww... :)

*bukan senang memikul tugas sebagai abang kawsan,hokayyy.. ;) *



Monday, January 21, 2013

Cat Fanciers' Association

Cat Fanciers' Association, Inc. ditubuhkan pada 1906 dan merupakan pendaftar terbesar dunia untuk kucing-kucing pedigri (pedigree) [1]. Misi CFA adalah untuk mempelihara dan menggalakkan pemeliharaaan kucing-kucing baka “bukan kacukan” ini dengan baik dan penuh kasih dan sayang.
Pertunjukan berlesen pertama CFA dibuat di Buffalo, New York dan Detroit, Michigan pada 1906.
CFA berkembang pesat dan amat meluas pada abad yang lepas dan kini menyambut ulang tahun sekurunnya pada 2006. Lebih dari 300 kelab-kelab CFA seluruh dunia bercadang atau telah melangsungkan pertandingan-pertandingan atau pameran kucing-kucing yang didaftarkan di bawah CFA di serata dunia.
Sehingga kini, CFA telah mengiktiraf 39 baka kucing-kucing pedigri untuk kelas “Championship” atau “Premiere” , 1 baka unutk kelas “Provisional” iaitu kucing “La Perm” dan 1 baka untuk kelas “Miscellaneous” iaitu kucing “Ragamuffin”.

Isi kandungan

Senarai kucing pedigri

Berikut adalah senarai kucing-kucing pedigri yang diiktiraf oleh CFA mengikut susunan abjad:-

Sunday, January 20, 2013

Muezza


Muezza (atau Mu'izza) (Bahasa Arab: معزة‎) dikatakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad S.A.W yang paling disayangi.[1] Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tettamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda.[2] Anakdot yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk.[3] Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.[4][5]

Saturday, January 19, 2013

Kucing dan Islam


Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

January Cat

Ahmad Sopi
19 Jan 2013


Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
 
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. 

Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. 

Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...